460x68 ads

Sunday, April 21, 2013

Temuan Struktur paling besar dan paling cerah di dalam alam semesta

Struktur paling besar dan paling cerah di dalam alam semesta. Ia adalah kumpulan kuasar besar yang terbentang kira-kira 4 billion tahun cahaya. Kredit : ESO/ M. Kornmesser

Ahli –ahli astronomi telah menemui struktur terbesar yang pernah diketahui di alam semesta, iaitu kelompok teras aktif galaksi yang terbentang kira-kira 4 billion tahun cahaya dari hujung ke hujung.
Struktur itu adalah kumpulan kuasar besar (Large Quasar Group) iaitu koleksi nukleus galaksi yang amat bercahaya yang dijana oleh pusat lohong hitam gergasi. Kumpulan istimewa ini adalah begitu besar sehingga ianya mencabar teori kosmologi moden, kata penyelidik.
“Walaupun sukar untuk menduga skala LQG ini, kita boleh katakan yang ia semestinya sebuah struktur terbesar yang pernah dilihat di seluruh alam semesta ini," kata ketua pengarang Roger Clowes, dari University of Central Lancashire di England, di dalam satu kenyataannya. "Ini adalah sesuatu yang sangat menarik, kerana ia bertentangan kepada pemahaman semasa kita mengenai skala alam semesta."
Quasar adalah objek paling terang di alam semesta. Selama beberapa dekad, ahli-ahli astronomi telah mengetahui bahawa mereka cenderung untuk berada di dalam kumpulan-kumpulan yang besar, di mana ada yang mempunyai kelebaran lebih daripada 600 juta tahun cahaya.
Tetapi kumpulan kuasar yang memecah rekod, yang mana Clowes dan pasukannya kesan  di dalam data yang dikumpul oleh Sloan Digital Sky Survey, adalah pada skala yang lain sama sekali. LQC yang baru ditemui terdiri daripada 73 kuasar dan menjangkau kira-kira 1.6 bilion tahun cahaya di dalam arah yang pelbagai, walaupun ia merentasi kira-kira 4 billion tahun cahaya pada titik yang paling luas.
Adalah sukar untuk membayangkan saiznya mengikut perspektif, kerana cakera galaksi Bima Sakti - rumah bagi sistem suria kita adalah kira-kira 100,000 tahun cahaya lebarnya. Bimasakti juga dipisahkan dari jirannya yang paling dekat iaitu galaksi Andromeda pada jarak kira-kira 2.5 juta tahun cahaya.

LQC yang baru ditemui ini adalah begitu besar, walaupun teori meramalkan yang ia tidak perlu wujud, kata penyelidik. Kumpulan kuasar muncul untuk melanggar andaian yang diterima secara meluas dan dikenali sebagai prinsip kosmologi, yang berpendapat bahawa alam semesta pada dasarnya adalah homogen apabila dilihat pada skala yang cukup besar.

Pengiraan mencadangkan bahawa struktur yang lebih besar daripada 1.2 bilion tahun cahaya tidak perlu wujud, kata penyelidik. "Pasukan kami telah melihat kes-kes yang serupa dan ia adalah tambahan beban kepada  cabaran ini, dan kita akan terus menyiasat fenomena yang menarik  ini," kata Clowes.

sumber : astronomi.angkasa.gov

No comments:

Post a Comment